Duni Ann :)
KAWAN :)

Monday, April 29, 2013 @ 12:05 AM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum ..

                * Kawan ? Apa maksud kawan ? Apa pulak yang dimaksudkan dengan Sahabat? Hidup akan sunyi tanpa kawan mahupun sahabat. Sebagai hamba Allah yang sentiasa ingin mencari keredhaan Illahi kenalah pandai memilih kawan ataupun sahabat.  Setiap seorang pasti akan ada seorang kawan yang bermakna dalam hidupnya. Seperti aku :)

                  Aku ada kawan , pelbagai ragam, dan pegangan agama. Aku bangga ramai kawan. Itulah yang diharapkan oleh Allah. Berkawanlah kamu sesama manusia. Kawan ada pelbagai jenis :

  • Kawan jenis makan kawan
  • Kawan jenis memanfaatkan kawan
  • Kawan yang tidak mengharapkan balasan
  • Kawan yang suka bertalam muka
  • Kawan ada pada susah dan senang dalam hidup
                  Bergantung dengan diri sendiri untuk memilih kawan dan berhati-hati jika ada kawan baik lelaki. Jangan mudah anggap mereka nih suka pada diri kamu wahai kaum wanita. Kawan lelaki bertindak sebagai pelindung kamu , manakala kawan perempuan pula akan menjadi peneman tangisan kamu. Hargai kawan disekeliling dan cubalah senyum dan sentiasa gembira dengan mereka walaupun kamu ada masalah yang tak boleh dikongsi bersama. Fake smile juga penting untuk menjaga hubungan antara talian persahabatan. Bukan untuk menjadi fake selamanya tapi bertindak untuk menjaga hati dan perasaan kawan.

                  Sudah menjadi perkara basi bila kawan mengatakan susah senang bersama tetapi ada benda yang boleh dikongsi bersama dan ada benda yang perlu disimpan. Kenal mereka dulu baru anggap mereka sahabat. Sahabat amat susah dicari kerana di dunia metropolitan inilah banyak yang suka mementingkan diri sendiri. 

                 Aku bersyukur kepada Allah kerana Allah telah tunjukkan aku siapa kawan , sahabat dan lawan. hadapi mereka dengan senyuman dan Insha Allah , Allah akan membantu kita menangani dalam memilih mereka. Sebenarnya ia bergantung dengan diri sendiri juga. Ketahuilah dulu perkara buruk dan baik sebelum memilih kawan. Berkawan dengan semua orang adalah baik dan perlulah menjaga diri. Nasihat sesama sendiri adalah penting dan tak perlu ego ataupun membenci rakan kamu sendiri kerana sebagaimana kawan kamu, begitulah perangai kamu. :)





Older Post | Newer Post
OWNER OF WORLD


My life upside and downside . just be mine dear :')
Hasriani Binti Haris


Diary About Stuff


Let's Speak!


The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By: Damia
Full Edited : aNN COMEL

Best View at GOOGLE CHROME (: