
|
I'm not ready yet !
Wednesday, September 12, 2012 @ 4:28 AM | 0 Comment [s]
![]() Assalamualaikum peeps :) Hari ini aku dapat merasakan yang dunia aku akan berubah. Aku dapat merasakan yang cinta kepada manusia tidak hebat dan tak setanding cinta kepada Allah. Aku ingin berubah dan sentiasa mencintai Allah dan bukan obses kepada cinta manusia yang fana dan penuh derita. Aku sudah merana lama. Aku tak nak hidup aku penuh dengan cerita lelaki lagi. Aku benci dan aku x suka kerana bukan mereka penentu aku masuk syurga. Redha Ilahi yang sangat aku dambakan sangat sekarang ini. Siapa tahu suatu hari nanti aku akan berhijab dan menutup aurat dengan baik. Sumpah aku ingin sangat jadi perempuan seperti itu. Enjoy adalah kelalaian aku di dunia ini. Namun, aku sedar juga walaupun aku sedang enjoy , aku sentiasa mengingati Allah agar aku tidak jauh menyimpang. Kenapa setiap perubahan yang ingin dilakukan sentiasa ada halangan yang menimpa ? Aku tak nak sudah kapel-II ni. Sungguh menyakitkan hati aku. Kenapa wujud lelaki seperti itu dalam hidup aku. Aku tak perlukan mereka untuk aku. Aku benci mereka. Aku tak suka ! Kadang-kadang ada juga diantara mereka yang baik dan sentiasa mengingatkan aku mana baik dan buruk. Mereka belum kenal aku lagi. Aku sayang mereka sebagai kawan-kawan aku. Aku malas nak pikir pasal scandal or what. Aku dah kecewa dua kali. Aku da tak sanggup lagi.Tapi takpa lah ini mungkin dugaan Allah kepada aku supaya aku sentiasa ingat kepadaNya :) Rasanya aku perlukan masa untuk melihat diri aku yang sebenar dan mencari seseorang yang mampu memimpin aku. Aku tak ingin lelaki yang hanya mencari aku sebab dia perlukan aku. Aku ingin mencari lelaki yang ingin memimpin aku dengan sebaik-baiknya. For the wedding, I'm Totally not ready yet. I hope suatu saat nanti aku akan jumpa MR.Right. Insha-Allah :). Mungkin kah aku harus beri kepercayaan kepada lelaki semula @ biarkan masa berlalu dan berdiam sehingga tiba masanya?
|
OWNER OF WORLD ![]() Hasriani Binti Haris
Let's Speak!
The Credits!
Template by : Sharanichi Potter
Header By: Damia Full Edited : aNN COMEL
|